About Me

My photo
Wahai sahabatku yang tercinta, Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu.

Saturday, December 27, 2008

sajak perjuangan dakwah

Dahulu, ketika Muhammad mendapatnya,
terus diberi kepada beribu-ribu
manusia.
Dahulu, ketika Abu Bakar mendapatnya,
terus diberi kepada enam manusia yang
kebanyakannya dijamin syurga.
Dahulu, ketika Bilal mendapatnya,
terus dibebaskan jiwanya walau tubuh
dibaham belati.
Dahulu, ketika Sumaiyyah mendapatnya,
terus dikorbankan nyawanya tanpa ada
rasa ragu.
Dahulu, ketika Umar mendapatnya, kasar
jiwanya terus dihalusi oleh ayat-ayat
Yang Maha Esa.
Itu dahulu.
Sekarang?
Kita mendapatnya, lantas kita biarkan
ia tersimpan kemas tidak ke mana-mana.

Kita mendapatnya, lantas kita enggan
semua orang merasai apa yang kita
rasa.
Kita mendapatnya, lantas kita halang
mereka memberi pada yang sepatutnya.
Kita merasa tidak layak, padahal kita
sebenarnya dibebani tanggungjawab
sejak dari langkah
bermula.
Bila pula mula merasa layak, kita
melakukannya pula demi segugus nama.
Pedang yang tidak tajam harus diasah.
Pedang yang tajam bukan untuk menikam
saudara.
Musuh kita al bathil,
Musuh kita bukan sesiapa yang
melangkah dalam soff yang sama.
Tawadhuklah.
Berusahalah.
Buatlah kerana mardhatillah,
Bukan kerana diri sendiri

No comments: