About Me

My photo
Wahai sahabatku yang tercinta, Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu.

Thursday, June 24, 2010

Aurat Wanita




Dari Firman Allah SWT dan Hadis-hadis Nabi SAW

  1. Bulu kening- Menurut bukhari, Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bar
  2. Kaki (tumit kaki) - "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur:31. Keterangan: menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
  3. Wangian- "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
  4. Dada- "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. An-Nur:31
  5. Gigi- "Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani. "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah." Riwayat Bukhari dan Muslim.
  6. Muka dan leher- "Dan tinggallah kamu (perempuan) dirumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu". Keterangan: bersolek(make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliah.
  7. Muka dan tangan- "Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Bukhari dan Muslim.
  8. Tangan- "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." Riwayat At-Thabrani dan Baihaqi.
  9. Mata- "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian daripada pemandangannya." An-Nur:31. Sabda Rasulullah SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan yang lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan yang seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi.
  10. Mulut (suara)- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga keinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkatan yang baik." Al-Ahzab:32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

No comments: