About Me
- muslimah08
- Wahai sahabatku yang tercinta, Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu.
Thursday, June 24, 2010
Aku Yang Fana
Aku tenggelam dalam debu keasyikan
Memuji Tuhan Maha Wajid
Kaulah Khaliq Kaulah Jabbar
Menyebut asma'-Mu bikin hatiku damai
Sedamai syurga di kala Subuh
Aku terpana seketika
kuasaMu Maha Hebat
Kau bisa menyatukan Adam dan Hawa
Kau bisa meleraikan haba api dari Ibrahim
Kau bisa membersih fitnah Aishah
Pokoknya, Kau bisa segala-galanya!
Aku pasrah dalam kesyahduan memujiMu
Aku berada dalam kefanaan
Antara konkrit dan abstrak
Antara realiti dan fantasi
Aku rindu kepadamu Tuhan
Aku kangan samaMu Habibi
Aku ingin bersua denganMu
Izinkan aku Tuhan, izinkan aku!
Ya Quddus..................
Jangan kau campakkan fu'adku kasih yang dusta
Campakkan rasa kasihku hanya untukMu
Wahai kekasih yang hakiki.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment